LaGu BuaT MaSa iNi

Jumaat, 17 Februari 2012

SemuT dan Lalat

السلام عليكم

SUMBER KLIK SINI

SAYA SUKA ARTIKEL INI DAN SAYA KONGSIKAN UTK TATAPAN RAKAN2

Beberapa ekor lalat berterbangan, berpesta di atas sebuah tong sampah di depan sebuah rumah. Suatu ketika, anak pemilik rumah keluar dan terlupa untuk menutup kembali pintu rumah tersebut. Kemudian seekor lalat bergegas terbang memasuki rumah itu. Si lalat terbang untuk meninjau keadaan rumah tersebut. Tiba-tiba dia ternampak sebuah meja makan yang penuh dengan makanan yang lazat. Tanpa berlengah dia pun terbang menuju ke arah meja tersebut.

 "Saya bosan dengan sampah-sampah itu, ini saatnya menikmati makanan segar," katanya.

 Setelah kenyang, si lalat bergegas ingin keluar dan terbang menuju ke pintu yang dilaluinya untuk masuk ke dalam rumah itu tadi, namun ternyata pintu kaca itu telah terutup rapat. Si lalat hinggap sekejap di pintu kaca tersebut untuk melepaskan lelah. Dia ternampak kawan-kawannya yang melambai-lambaikan tangan seolah-olah meminta agar dia keluar segera.



Si lalat pun terbang di sekitar pintu kaca, sesekali melompat dan menerjang kaca itu. Dengan tidak kenal erti menyerah kalah, si lalat cuba untuk keluar dari rumah tersebut. Lalat itu merayap mengelilingi kaca dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan untuk mencari jalan keluar. Hari semakin petang, si lalat itu keletihan dan kelaparan namun jalan keluar yang dicari masih tidak kelihatan.


Keesokan paginya, kelihatan lalat itu terkulai layu, terdampar di lantai. Tidak jauh dari tempat itu, ada serombongan semut merah berjalan beriringan keluar dari sarangnya untuk mencari makanan. Dan ketika menjumpai lalat yang tidak berdaya itu, serentak mereka mengerumuni dan beramai-ramai menggigit tubuh lalat itu hingga mati. Kawanan semut itu pun beramai-ramai mengangkut bangkai lalat yang malang itu menuju ke sarang mereka. Dalam perjalanan, seekor semut kecil bertanya kepada rakannya yang lebih tua,


"Kenapa lalat ini terdampar di situ dan kelihatan sangat tidak berdaya?"


"Oh.., itu sering terjadi, ada saja lalat yang mati sia-sia seperti ini. Sebenarnya lalat ini telah berusaha, dia sungguh-sungguh telah berjuang dan berusaha keras untuk keluar dari rumah itu. Namun dia tidak menemui jalan keluar sehingga dia kelelahan dan akhirnya jatuh mati dan menjadi menu makanan kita untuk malam ini".



Semut kecil itu berasa sedikit keliru, dan bertanya lagi,



"Aku masih tidak mengerti, bukankah lalat itu sudah berusaha keras? Kenapa dia tidak berjaya keluar dari rumah itu?"



Semut tua itu menjawab,


"Lalat ini adalah haiwan yang tidak kenal erti menyerah kalah dan dia telah cuba berulang kali, namun dia tidak berfikir untuk mencari jalan keluar yang lain selain dari melalui pintu kaca yang tertutup itu"




Semut tua itu memerintahkan rakan-rakannya berhenti sejenak seraya melanjutkan perkataannya, namun kali ini dengan mimik dan nada yang lebih serius,


"Ingat anak muda, jika kamu melakukan sesuatu dengan cara yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza, maka nasib kamu akan jadi seperti lalat ini."


 "Orang yang berjaya melakukan sesuatu perkara dengan cara yang berbeza-beza untuk mendapatkan hasil yang terbaik"

SEKIANNNNN

Cerita Letih Bulan Ini

السلام عليكم

musim sibuk anugerah perkhidmatan cemerlang datang lagi,..

letihnyerrrrr... tahun ni rasa berlainan letih nyer...

tiap-tiap tahun benda yang sama tapi tahun ni rasa nye berbeza,..

banyak cabaran untuk musim APC tahun ini,..

cabaran mental dan fizikal,.. mental lah yang paling banyak letih nyer..

tapi alhamdulillah masih mempunyai kudrat dan kekuatan untuk terus bekerja,..

dan syukur aku masih mempunyai pekerjaan,..

letih bekerja dapat pahala insyallah,..

tuhan maha mengetahui,..

ya allah permudahkanlah urusan hambamu ini,..

sekiannnnnn

Ahad, 12 Februari 2012

Cerita Cuti Tahun 2011

lama nyer tak cuti, rasa nak cuti tp klau duduk kat rumah jek tak best gak,

sesekali cuti mesti lah nak cuti yang diingati,..

merancang bercuti ke pulau,.. dalam kepala pulau tioman,..

pulau tioman dah setahun merancang nak pergi tp tak berkesempatan nak pergi,..

hopefully klau dapat pergi pulau tioman aku nak lupakan semua masalah dunia,..

tp masalah tak pernah berakhir,.. kita sentiasa diuji, sedih tetibe,..

cuti tahun ni aku nak berjalan puas2,..

bile nak dpat cuti ni??? 

tercapai kah hajat aku nak ke pulau tioman pada tahun ini???

kite tunggu dan lihat,...

sekiannnnnnn

Rabu, 1 Februari 2012

Do Not And Do Not

السلام عليكم


sumber klik sini


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur, itu lain cerita. 
( aku??? insyallah akan dipertingkatkan usaha ini )
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. 
( kena beli selipar pasni - selalu tak tahu mujur terbaca artikel ni )
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 
( dah tahu dah )
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
( oooooo aku baru tahu ni )
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 
( mmmmmm tp mata selalu ngantuk jek lepas subuh )
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 
( insyallah akan terus diamalkan )
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
( tak pernah buat lagi sebab aku ada sepasang jek selipar )
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. 
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. 
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 
( tahu tapi buat jugak!! )
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 
( insyallah... )
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. Dan yang paling penting, Jangan RIAK, SOMBONG, ANGKUH, Nanti di laknat ALLAH....Wasalam



"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)


Saya suka dan saya kongsi......
Sekian.