LaGu BuaT MaSa iNi

Selasa, 16 April 2013

Serba Salah..

hati rasa serba salah..

antara kasihan dan kesihatan..

nak pilih yang mana??

LOLA.. kucing ku yang manja manja manja sangat...

hati masih mahu tapi jasad tak berdaya..

rasa bersalah yang amat pada makhluk tuhan yang satu ini..

kalaulah LOLA dapat mengerti hati ini pasti dia dah lari membawa diri,..

harus cepat membuat keputusan..

kehendak dan keperluan..

arghhhhhhhhhhh.. masih tak tahu keputusan yang patut dilakukan..


Jumaat, 12 Oktober 2012

Kenapa Ni????

mood berblog tolong lah datang kembali..

bantulah saya serikan blog ni..

kesian blog ni tak berup-date... 

tolonglah datang mood berblog,...

sekiannnnnnnnnn

Selasa, 22 Mei 2012

Aduhh Sakit PinggangKu

assalamualaikum


tak tahu lah apa yang tak kena dengan badan saya sejak dua menjak ni asik kurang sihat, haritu sakit kepala sekarang sakit pinggang pulak rasa macam nenek umur 100 tahun pulak! agaknya nenek tu pun sihat lagi pinggang dia, tak tahu lah tetiba masa nak balik kije dah ada rasa sengal2 kat pinggang tp lepas maghrib semalam baring2 tengok tv kejap pastu rasa nak terbuang air kecil aku nak bangun tapi tak berjaya!!!
oh tidakkkkkkkkkkkkkkk
aku rasa macam lumpuh separuh badan mentara nak bangun aku papah sofa sambil mulut bising meng'aduh'kan sakit tetiba kucing saya si Lulu yang entah dari mana dengan muka bangun dari tido dok mengiau-ngiau sebelah aku, (dalam hati pandai jgk Lulu ni tgk ku sakit) hehehe lebih kurang 5 minit saya ambil masa untuk bangun dr pembaringan itu, pastu berjaya ke toilet dan sambung baring lagi terus sapu losyen mustajab hot pas 15 minit kemudian bangun lagi tak kurang pun sakitnya pastu amik minyak gamat panas dengan jarum emas pulak saya sapu macam ada lega sikit,...
ahhhhhhhh lega sikitttttt (untuk pengetahuan suami balik lmbt semalam merayap dgn kawan entah kemana,.. )
tunggu suami tak balik2 saya terlena dengan khusyuknya,…

k

r

i

n

g

g

g

g

g

g

g

g

g

g

g


g

g

g


kringgggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg jam loceng waktu 630 pagi berbunyi, masih ada rasa sakit2 pinggang ni saya berniat kalau macam mak nenek lagi nak berjalan saya nak ambil cuti sakit, tp alhamdulillahhhhhhh dah boleh jalan macam biasa Cuma ada rasa2 tak selesa macam selalu,.. (sambil menjeling suami disebelah yang entah pukul berapa pulang nya) stress saya sakit sorang2 mujur ada Lulu temankan saya! huhuhuhu
apa2 pun saya berjaya sampai ke pejabat dengan keadaan menonggek sebab sakit pinggang, mungkin ada kawan2 yang pernah mengalami sakit pinggan mcm ni tak tahu lah sebab apa mungkin sebab angin dalam badan atau mmg dah tua, hehehehe
selepas menjalankan survey di internet saya mcm suka dengan artikel ini baca kuat2
hehehehehehehehe

sekiannnnn

Jumaat, 18 Mei 2012

Pening-Pening Lalat

salam jumaat semua,.. esok boleh golek2 depan tv dari pagi sampai malam,.. yahooooo.... sabtu dan ahad hari yang ditunggu2 untuk berehat bagi orang mcm saya,.. walaupun kije depan komputer jek tp letih tetap ada, orang yang kije panjat bangunan bagai lagilah penatnya kan, (nengada sebenarnya aku ni) hehehe nak pencen nanti tak cukup lak menyara diri yang kuat makan ni hehehe (jujur sangat kan saya....*&$*#*^) pepagi dah pening2 lalat tak tahu lah ngapa, nak kata tak cukup tido malam tadi kul 1030 malam saya dah belayar ke london menaiki tilam dan bantal! hehehehe tak tahan pening2 saya makan uphamol 650 kejap jek lega,.. alhamdulillah,.. saya ni ada sejarah family darah tinggi mungkin saya pun nak terikut mcm diaorg gak kot tp klau dah gaya pemakanan mcm saya ni mmg kompem lah dpt penyakit,.. huhuhu
ok setakat ni dulu saya menaip,.. dulu saya typist sekarang kerani, hehehe (saja nak bgtau) harap saya terus rajin menaip untuk blog yg saya sayang ni,..

ehsan google... inilah contoh uphamol 650 yang saya telan..
 Sekiannnnn



Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu mak Rahmah yang tercinta di kampung Senggarang Batu Pahat, Johor, semoga mak sentiasa bahagia sihat walafiat dan dirahmati.. tiada lain ku pinta hanya berharap mak sihat hingga ke hujung nyawa.. maaf kan lah dosa-dosa anakmu ini insan yang lemah dan tidak berdaya... ku berharap sentiasa dpat disisimu namun tanggungjawab kini telah berbeza ku tahu mak mengerti,.. mak ku yang satu aku amat menyayangimu dunia dan akhirat.. kepada mereka2 yang masih mempunyai ibu bapa hargai lah mereka,.. ibu dan bapa tiada pengganti,.. semoga kita semua sentiasa mengenang ibu dan bapa kita..

Tak lupa juga kepada mak mertua di Felda Chini 2, Pekan, Pahang azi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mak,.. semoga mak sentiasa sihat disamping abah,.. terima kasih azi ucapkan kerana sudi menerima kehadiran azi dalam keluarga kita sekarang,.. maaf kan azi jika tersalah bicara, terkasar bahasa dan tersilap langkah ketika kita bersama... Selamat Hari Ibu mak Paridah,..

Ya Allah aku bersyukur kerana telah dikurniakan dua orang ibu yang menerima diri ini seadanya,.. semoga aku tidak mudah lupa kepada mereka,.. ya allah sesungguhnya aku sangat takut kehilangan mereka,.. tapi aku insan biasa Engkau maha Mengetahui Seluruh Alam ini,.. aku masih amat memerlukan ibu-ibu ku ini,..

Sekiannnn