LaGu BuaT MaSa iNi

Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu mak Rahmah yang tercinta di kampung Senggarang Batu Pahat, Johor, semoga mak sentiasa bahagia sihat walafiat dan dirahmati.. tiada lain ku pinta hanya berharap mak sihat hingga ke hujung nyawa.. maaf kan lah dosa-dosa anakmu ini insan yang lemah dan tidak berdaya... ku berharap sentiasa dpat disisimu namun tanggungjawab kini telah berbeza ku tahu mak mengerti,.. mak ku yang satu aku amat menyayangimu dunia dan akhirat.. kepada mereka2 yang masih mempunyai ibu bapa hargai lah mereka,.. ibu dan bapa tiada pengganti,.. semoga kita semua sentiasa mengenang ibu dan bapa kita..

Tak lupa juga kepada mak mertua di Felda Chini 2, Pekan, Pahang azi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mak,.. semoga mak sentiasa sihat disamping abah,.. terima kasih azi ucapkan kerana sudi menerima kehadiran azi dalam keluarga kita sekarang,.. maaf kan azi jika tersalah bicara, terkasar bahasa dan tersilap langkah ketika kita bersama... Selamat Hari Ibu mak Paridah,..

Ya Allah aku bersyukur kerana telah dikurniakan dua orang ibu yang menerima diri ini seadanya,.. semoga aku tidak mudah lupa kepada mereka,.. ya allah sesungguhnya aku sangat takut kehilangan mereka,.. tapi aku insan biasa Engkau maha Mengetahui Seluruh Alam ini,.. aku masih amat memerlukan ibu-ibu ku ini,..

Sekiannnn

Tiada ulasan: