LaGu BuaT MaSa iNi

Jumaat, 11 Mei 2012

Kek Chiffon Pandan

As Salam kepada semua yang sudi menjengah ke blog saya yang tak berapa terupdate ni (mcm ramai sgt yang jengah! perasan tul aku ni) hehehe


Minggu ni saya nak kongsi pengalaman di dapur yang tak berapa nak berasap sgt, tekak saya tetiba gatal nak menelan kek chiffon apalagi saya pun meng'google' lah resepi pastu terus tersuke dgn resepi di SINI tanpa berlengah saya pun print dan bawa pulang ke rumah dan dengan semangat yang gigih saya buat kek chiffon pandan dan tak sangka dengan sekali cuba saya berjaya,.. sejuk jek kek chiffon pandan ni kami makan tak hengat habis separuh kek chiffon pandan tuh! untuk rakan2 kat opis saya tak lupa.. suku dari kek chiffon pandan tuh saya bawa untuk mereka,.. lain kali saya buat satu biji kek chiffon pandan untuk rakan2 sebab kek chiffon pandan ni amat lah senang!!! (belagak sikit boleh??) hehehehe





gambar minta maaf lah disebabkan kabel kamera hilang saya malas nak amik gambar tapi saya tak menipu mmg menjadi kek dengan resepi yang dilinkkan tuh, ok tak per klau malas nak klik link tuh saya sertakan resepi nye disini,.. cepat salin dan buat ok.

tapi disebabkan saya takder acuan untuk buat cup cake saya terus jek tuang semua adunan tu ke dalam loyang besar.. hehehehehe (pandai tak saya???) ok selamat mencuba..


Chiffon Cup Cake Mat Gebu@myresipi.com
Bahan-bahan ( 24 biji )
·         Bahan A:-
·         4 kuning telur (gred A)
·         100 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
·         30 ml pati santan (boleh guna susu atau air)
·         30 g minyak jagung/masak
·         Secubit garam
·         1 camca teh paste pandan
·         50 g gula halus
·         Bahan B:-
·         4 putih telur (gred A)
·         60 g gula halus
   1/2 camca teh cream of tartar


Cara-cara

Satukan kesemua bahan2 A dalam satu bekas. Kacau menggunakan wisk hingga semua sebati dan berkrim. Ketepikan


Pukul putih telur pada kelajuan tinggi, masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit hingga habis dan terus memukul hingga pekat dan kental.

Kemudian gaul putih telur tadi ke dalam adunan A dgn kaedah 'kaup balik' hingga rata dan sebati.

Isi dalam muffin cup hingga penuh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Ia akan sedikit mengecut bila masak, jgn bimbang mmg dah lumrah kek chiffon berkeadaan mcm tu. Sejukkan sebelum dihidang.



Sekian,..

Tiada ulasan: