LaGu BuaT MaSa iNi

Selasa, 31 Januari 2012

Virgin Coconut Oil

tengok tajuk harini sangat omputih kan. hehehe ataupun bahasa kita minyak kelapa dara..
ku pilih vco keluaran catalyst nutraceutical sebab ejen nye satu pejabat tak yah g jejauh nak survey produk nak buat pertanyaan pun senang sebab dah kawan2 kan,..

saje lah kan ambil vco ni mengenangkan usia menginjak ke tiga puluhan ni nak jgk mantain cantik mcm anak dara,.. bukan kata sekarang tak cantik tp lebih cantik dr anak2 dara sekarang ni! huahuahua tp sejak usia betambah ni dah boleh nampak perubahan2 badan menandakan usia remaja dah nak say bye bye.. (bai bai usia remaja) :( 

tak pe lah kita cube dulu sebulan dua ni tgk mcmaner kesan dia, kalau menakjubkan kite try lak amik collagen catalyst.. nak cantik sangat kan aku! hahaha

 gambar ehsan ejen semasa catalyst kat pejabat aku,

kita tunggu hasil nyer... kalau cantik saya cantik lah ejen ni, kalau tak der kesan tak cantiklah ejen ni. hehehe

sekiannnnn...

Selasa, 24 Januari 2012

Kek Pisang Kukus


jom jom jom buat kek paling senang diabad ini, kek pisang sangat mudah dan sedap! tak rugi mencuba, resepi dari internet tp ada tambah2 sendiri sikit2...

kalau ada yang try dan berjaya sila beritahu nati ku berikan resepi donut lak, hikhikhikhik

yang ini ku buat versi bakar tp bahan semua sama je resepinya..
cube jangan tak cube mudah dan sedap!hehehe

bahan-bahan yang perlu disediakan adalah :

2 biji telur gred B
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil ovalette (tak ada pun takpe)
1 sudu kecil esen vanila 
1/2 cawan minyak jagung (ku gune jenama daisy) 
1 cawan pisang berangan yang telah dilenyek 
2 cawan tepung gandum (ku gune cap sauh jek)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat  


cara membuatnya pula adalah begini :

1. Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder digaul rata kemudian ayak, gliss acuan kek dan panaskan pengukus.

2. Kemudian, pukul telur, gula dan ovelette hingga kembang, masukkan esen vanila dan minyak kemudian pukul lagi bagi rata saja.

3. Kemudian masuk pisang lenyek pastu gaul saja sampai rata dan akhir sekali masukkan tepung gaul lagi sampai rata.

4. Masukkan dalam acuan kek dan kukus selama 45 minit hingga satu jam atau sehingga kek masak.

5. Setelah siap dikukus, biar sejuk baru potong dan sedia untuk dihidangkan dan makan.

hehehehehe selamat mencube hingga berjaya.

sekian,

Isnin, 23 Januari 2012

Amalan Romantik Suami Isteri

Sumber: DiariHati.Com



·         Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah
ke tempat kerja  masing-masing.

  
·         Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,
tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

·         Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa
untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar
untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

·         Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, 
menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

  

·         Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana
pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

·         Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja
sebagai tanda mengambil berat dan memberi 
peluang pasangan meluahkan perasaan.

·         Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga 
hinggalah politik semasa sebelum tidur.

·         Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan
 walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, 
biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar
 ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.



·         Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka 
walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting 
anda berada disisi.

·         Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet
atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting
untuk mengeratkan kasih sayang.

 
·         Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah,
berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

·         Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta 
tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

·         Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, 
memakai pakaian dalam yang seksi atau
apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

·         Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar,
teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

·         Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri
melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

·         Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta 
untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

·         Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama 
untuk menyelesaikannya.

·         Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


 ·         Setiap Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan  malam  bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!


·         Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


sekian,.. love u..

Sabtu, 21 Januari 2012

Selamat Hari Lahir

21 Januari 1980,
Lahir lah anak sulung pak adanan n mak paridah,
diberi nama adli 
membawa maksud Keadilanku,

7 jun 2008
adli telah selamat menikahi azizah
dalam satu majlis yang sederhana
alhamdulillah antara doa2 ku
Engkau perkenankan



21 januari 2012
ulangtahun kelahiran adli yang ke-32
ketahuilah olehmu adli bahawa 
azizah sentiasa menyayangimu



selamat hari lahir suamiku..
semoga dirimu bahagia dunia akhirat
maafkanlah isterimu yang comel ni
di Hari Lahir Mu..
one four three

sekian




Khamis, 19 Januari 2012

Kenali Wanita


sumber dari : (Petua WanitaPetua Lelaki)
a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan
b) Air - kedua, keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan sentiasa menjaga kecantikan.
WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis
WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu
6) Berwaspada selalu
WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah
diriku wanita berunsur api,.. tp rasanya mcm tak berapa nak sama jek dgn aku benda ni, hehehehehe
sekiannn,

Selasa, 17 Januari 2012

Hari Yang Sedih Ini

16 Januari 2012

inilah tarikh nyer.. tarikh yang membuat aku menangis tak berhenti.. sedih yang teramat sangat disaat akan melepaskan.. tp walau semangkuk air mata sekalipun ku sembahkan perpisahan tetap berlaku,..

sesungguhnya aku mmg sedang bersedih,.. mungkin ini salah satu ujian bagiku dan mungkin banyak lagi ujian2 mendatang.. tabahkan lah diriku ini,.. semoga aku mampu menempuhi ujian ini dengan sewarasnya..

ingatlah wahai teman yang setia,

diri ini akan sentiasa menunggumu walau apa pun keputusanmu.. kerana dirimu adalah antara hadiah yang bermakna dalam hidupku,.. tiada tempat untuk ku adu kesedihan ini kecuali kepada yang Maha Mengetahui.. moga2 suara hatiku diperkenankan.. dan moga2 aku kembali ceria dan bertambah ceria..

wahai teman yang setia,

16 januari ini akan ku ingati kerana perpisahan kali ini terasa amat berlainan sekali walaupun ku cuba memujuk hati agar tidak melayan perasan kali ini,.. setiap inci rumah ini mengingatkan ku pada mu.. ku tiada teman yang lain selain dirimu.. ya allah mungkin perpisahan ini penyembuh luka ku luka nya sekiranya itu yang telah ditakdirkan aku berserah..

ketahuilah oleh mu wahai teman,

bukan mudah untuk ku berserah kerana seluruh badanku terasa lemah sejak kepergianmu,.. kakiku berat melangkah tanganku berat menggapai, tapi hidup harus diteruskan,.. sampai bila kah harus ku lalui ini semua.. aku harus tabah, tabah, tabah dan sabar menghadapi hari yang sedih ini,.. semoga hari yang sedih ini menjadi permulaan untuk hari2 bahagia yang lain,..

wahai teman yang ku sayang,

ku sentiasa disisimu selagi diri ini masih diperlukan.. kerana dirimu bukan orang asing bagiku,.. dirimu adalah diriku jua, dalam diriku ku bawa dirimu, semoga kita terus menjadi satu walaupun dua nyawa dan jasad,.. ku berdoa semoga kita sentiasa bersama,.. ya allah engkau maha mengetahui segala-galanya...

sekian saja dikala kesedihan..

Ahad, 15 Januari 2012

Lewat Malam Ini

di fikiran ku sekarang ni hanya lah memikirkan tentang esok

yang bakal menjelang, sebab esok dah kena pergi kerja! 

arghhhh malasnyer nak pergi kerja setelah 

dua hari bermalas-malasan di rumah..

rumahku tempat rilekku!

opisku tempat rezkiku!

dun worry opisku tomorrow aku datang,..

kerja lah dengan rela wahai jijah,..

sekian........

Aksi Kucing Saya

salam

ku ada beberapa gambar nak dikongsi

gelagat kucing2 kat rumah ni buat aku tak kesunyian

helloooo saya PaNDa~~

gelagat ibu mengandung






nyenyak tul tido nyer..

orang ada anak cerita pasal anak,.. aku ada anak kucing cerita pasal anak kucing je lah.

sekian,..

Jumaat, 13 Januari 2012

Bersalin Pertama

Kat rumah ada baby.. dua ekor ok.. 

LuLu telah selamat melahirkan dua ekor anak nyer pada 02.01.2012

sekor ku letak letak nama PaNDa dan yang sekor lagi nama KiKo

tgk lah gmbr baby semasa usia 1 Hari



 
ini lah PaNDa (jantan)



 
yang ini pulak KiKo (betina)

kat kotak tu kesan cakaran semasa LuLu sakit nak beranak..

ini keluarga LuLu..

 
after 2 minggu ada anak LuLu dah tak mcm dulu..

aku balik rumah dia dah tak tggu depan pintu pun,..

tido memalam pun dia dah tido dgn aku lg... asik jek berkepit dgn anak dia..

tp ok lah tu aku pun bangga dia pandai jaga anak dia..

mengikut pengalaman aku dgn kucing2 yg dulu kala aku bela biasa nye
mereka tak pandai jaga sgt anak pertama tp alhamdulillah LuLu bijak mengurus anak!!!... kihkihkihkih

 sekian, saja untuk kali nie.. (pening lah nak mengurus 3 ekor anak bulu pasnie)

Khamis, 12 Januari 2012

Mulanya Cinta Ku

salam sejahtera..

lirik lagu kegemaran ku selalu.. 

klau tgh feeling bahagia lagu ni lah aku dengar 24 jam sampai muntah pc ni nak ulang,. kihkihkih

layan lah lirik ni dulu.. 



gmbr masa di alam perkenalan bukan alam lain k



Mulanya Cinta 

------------------



Tiada sesiapa dapat melupa
Perasaan cinta pertama
Akan ku ingat selama-lama
Saat pertama jatuh cinta



Kasih Sayang
Senyum mesra bersama
Gurau senda pujuk rayumu
Pasti ku ingati



Apapun juga akhirnya
Aku kan tetap
Mengingatimu dengan setia
Walaupun kau akan pergi
Pasti ku ingati gelora cinta
Kali pertama


------------------------
sekian,

Rabu, 11 Januari 2012

Belajar Buat Roti

baru-baru ni ada pergi belajar buat roti..


seronok dapat ilmu baru.. mmg selalu tgk resepi kat google ni 
tp klau dpt belajar sendiri dgn cikgu lagi best..


layan lah gmbr2 ku yg CUN nie k (bukti g kelas)...


gigih menimbang


adun dgn mesin

uli dgn tangan

bukan roti boy tp roti noi, kihkihkih
taraaaaa pizza dah siappp
muke2 masing dah pandai buat roti ok!


nilah hasil roti kami td....


bersemangat pergi kelas buat roti walhal kat rumah oven pun tarak!


kihkihkihkih


sekian...

Malas Taip Sangat

Hari ni kita tgk2 gmbr jelah..

biru biru sesuai untuk mata


tepi pantai pepetang best lah

ni pun gmbr kebiruan

itik yg pandai posing! kehkehke

cantik kan gmbr ni

air tejun best nyer klau dpt terjah




























































































enjoy lah dgn gmbr2 ni k.. gmbr semua mintak kat google jek,.. tak der kamera lah nak amik gmbr cecantik..


sekian..