LaGu BuaT MaSa iNi

Isnin, 23 Januari 2012

Amalan Romantik Suami Isteri

Sumber: DiariHati.Com



·         Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah
ke tempat kerja  masing-masing.

  
·         Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,
tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

·         Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa
untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar
untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

·         Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, 
menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

  

·         Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana
pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

·         Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja
sebagai tanda mengambil berat dan memberi 
peluang pasangan meluahkan perasaan.

·         Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga 
hinggalah politik semasa sebelum tidur.

·         Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan
 walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, 
biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar
 ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.



·         Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka 
walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting 
anda berada disisi.

·         Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet
atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting
untuk mengeratkan kasih sayang.

 
·         Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah,
berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

·         Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta 
tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

·         Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, 
memakai pakaian dalam yang seksi atau
apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

·         Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar,
teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

·         Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri
melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

·         Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta 
untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

·         Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama 
untuk menyelesaikannya.

·         Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


 ·         Setiap Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan  malam  bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!


·         Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


sekian,.. love u..

Tiada ulasan: