LaGu BuaT MaSa iNi

Selasa, 17 Januari 2012

Hari Yang Sedih Ini

16 Januari 2012

inilah tarikh nyer.. tarikh yang membuat aku menangis tak berhenti.. sedih yang teramat sangat disaat akan melepaskan.. tp walau semangkuk air mata sekalipun ku sembahkan perpisahan tetap berlaku,..

sesungguhnya aku mmg sedang bersedih,.. mungkin ini salah satu ujian bagiku dan mungkin banyak lagi ujian2 mendatang.. tabahkan lah diriku ini,.. semoga aku mampu menempuhi ujian ini dengan sewarasnya..

ingatlah wahai teman yang setia,

diri ini akan sentiasa menunggumu walau apa pun keputusanmu.. kerana dirimu adalah antara hadiah yang bermakna dalam hidupku,.. tiada tempat untuk ku adu kesedihan ini kecuali kepada yang Maha Mengetahui.. moga2 suara hatiku diperkenankan.. dan moga2 aku kembali ceria dan bertambah ceria..

wahai teman yang setia,

16 januari ini akan ku ingati kerana perpisahan kali ini terasa amat berlainan sekali walaupun ku cuba memujuk hati agar tidak melayan perasan kali ini,.. setiap inci rumah ini mengingatkan ku pada mu.. ku tiada teman yang lain selain dirimu.. ya allah mungkin perpisahan ini penyembuh luka ku luka nya sekiranya itu yang telah ditakdirkan aku berserah..

ketahuilah oleh mu wahai teman,

bukan mudah untuk ku berserah kerana seluruh badanku terasa lemah sejak kepergianmu,.. kakiku berat melangkah tanganku berat menggapai, tapi hidup harus diteruskan,.. sampai bila kah harus ku lalui ini semua.. aku harus tabah, tabah, tabah dan sabar menghadapi hari yang sedih ini,.. semoga hari yang sedih ini menjadi permulaan untuk hari2 bahagia yang lain,..

wahai teman yang ku sayang,

ku sentiasa disisimu selagi diri ini masih diperlukan.. kerana dirimu bukan orang asing bagiku,.. dirimu adalah diriku jua, dalam diriku ku bawa dirimu, semoga kita terus menjadi satu walaupun dua nyawa dan jasad,.. ku berdoa semoga kita sentiasa bersama,.. ya allah engkau maha mengetahui segala-galanya...

sekian saja dikala kesedihan..

Tiada ulasan: