LaGu BuaT MaSa iNi

Selasa, 24 Januari 2012

Kek Pisang Kukus


jom jom jom buat kek paling senang diabad ini, kek pisang sangat mudah dan sedap! tak rugi mencuba, resepi dari internet tp ada tambah2 sendiri sikit2...

kalau ada yang try dan berjaya sila beritahu nati ku berikan resepi donut lak, hikhikhikhik

yang ini ku buat versi bakar tp bahan semua sama je resepinya..
cube jangan tak cube mudah dan sedap!hehehe

bahan-bahan yang perlu disediakan adalah :

2 biji telur gred B
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil ovalette (tak ada pun takpe)
1 sudu kecil esen vanila 
1/2 cawan minyak jagung (ku gune jenama daisy) 
1 cawan pisang berangan yang telah dilenyek 
2 cawan tepung gandum (ku gune cap sauh jek)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat  


cara membuatnya pula adalah begini :

1. Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder digaul rata kemudian ayak, gliss acuan kek dan panaskan pengukus.

2. Kemudian, pukul telur, gula dan ovelette hingga kembang, masukkan esen vanila dan minyak kemudian pukul lagi bagi rata saja.

3. Kemudian masuk pisang lenyek pastu gaul saja sampai rata dan akhir sekali masukkan tepung gaul lagi sampai rata.

4. Masukkan dalam acuan kek dan kukus selama 45 minit hingga satu jam atau sehingga kek masak.

5. Setelah siap dikukus, biar sejuk baru potong dan sedia untuk dihidangkan dan makan.

hehehehehe selamat mencube hingga berjaya.

sekian,

Tiada ulasan: