LaGu BuaT MaSa iNi

Jumaat, 12 Oktober 2012

Kenapa Ni????

mood berblog tolong lah datang kembali..

bantulah saya serikan blog ni..

kesian blog ni tak berup-date... 

tolonglah datang mood berblog,...

sekiannnnnnnnnn

Selasa, 22 Mei 2012

Aduhh Sakit PinggangKu

assalamualaikum


tak tahu lah apa yang tak kena dengan badan saya sejak dua menjak ni asik kurang sihat, haritu sakit kepala sekarang sakit pinggang pulak rasa macam nenek umur 100 tahun pulak! agaknya nenek tu pun sihat lagi pinggang dia, tak tahu lah tetiba masa nak balik kije dah ada rasa sengal2 kat pinggang tp lepas maghrib semalam baring2 tengok tv kejap pastu rasa nak terbuang air kecil aku nak bangun tapi tak berjaya!!!
oh tidakkkkkkkkkkkkkkk
aku rasa macam lumpuh separuh badan mentara nak bangun aku papah sofa sambil mulut bising meng'aduh'kan sakit tetiba kucing saya si Lulu yang entah dari mana dengan muka bangun dari tido dok mengiau-ngiau sebelah aku, (dalam hati pandai jgk Lulu ni tgk ku sakit) hehehe lebih kurang 5 minit saya ambil masa untuk bangun dr pembaringan itu, pastu berjaya ke toilet dan sambung baring lagi terus sapu losyen mustajab hot pas 15 minit kemudian bangun lagi tak kurang pun sakitnya pastu amik minyak gamat panas dengan jarum emas pulak saya sapu macam ada lega sikit,...
ahhhhhhhh lega sikitttttt (untuk pengetahuan suami balik lmbt semalam merayap dgn kawan entah kemana,.. )
tunggu suami tak balik2 saya terlena dengan khusyuknya,…

k

r

i

n

g

g

g

g

g

g

g

g

g

g

g


g

g

g


kringgggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggggg jam loceng waktu 630 pagi berbunyi, masih ada rasa sakit2 pinggang ni saya berniat kalau macam mak nenek lagi nak berjalan saya nak ambil cuti sakit, tp alhamdulillahhhhhhh dah boleh jalan macam biasa Cuma ada rasa2 tak selesa macam selalu,.. (sambil menjeling suami disebelah yang entah pukul berapa pulang nya) stress saya sakit sorang2 mujur ada Lulu temankan saya! huhuhuhu
apa2 pun saya berjaya sampai ke pejabat dengan keadaan menonggek sebab sakit pinggang, mungkin ada kawan2 yang pernah mengalami sakit pinggan mcm ni tak tahu lah sebab apa mungkin sebab angin dalam badan atau mmg dah tua, hehehehe
selepas menjalankan survey di internet saya mcm suka dengan artikel ini baca kuat2
hehehehehehehehe

sekiannnnn

Jumaat, 18 Mei 2012

Pening-Pening Lalat

salam jumaat semua,.. esok boleh golek2 depan tv dari pagi sampai malam,.. yahooooo.... sabtu dan ahad hari yang ditunggu2 untuk berehat bagi orang mcm saya,.. walaupun kije depan komputer jek tp letih tetap ada, orang yang kije panjat bangunan bagai lagilah penatnya kan, (nengada sebenarnya aku ni) hehehe nak pencen nanti tak cukup lak menyara diri yang kuat makan ni hehehe (jujur sangat kan saya....*&$*#*^) pepagi dah pening2 lalat tak tahu lah ngapa, nak kata tak cukup tido malam tadi kul 1030 malam saya dah belayar ke london menaiki tilam dan bantal! hehehehe tak tahan pening2 saya makan uphamol 650 kejap jek lega,.. alhamdulillah,.. saya ni ada sejarah family darah tinggi mungkin saya pun nak terikut mcm diaorg gak kot tp klau dah gaya pemakanan mcm saya ni mmg kompem lah dpt penyakit,.. huhuhu
ok setakat ni dulu saya menaip,.. dulu saya typist sekarang kerani, hehehe (saja nak bgtau) harap saya terus rajin menaip untuk blog yg saya sayang ni,..

ehsan google... inilah contoh uphamol 650 yang saya telan..
 Sekiannnnn



Ahad, 13 Mei 2012

Selamat Hari Ibu

Selamat Hari Ibu mak Rahmah yang tercinta di kampung Senggarang Batu Pahat, Johor, semoga mak sentiasa bahagia sihat walafiat dan dirahmati.. tiada lain ku pinta hanya berharap mak sihat hingga ke hujung nyawa.. maaf kan lah dosa-dosa anakmu ini insan yang lemah dan tidak berdaya... ku berharap sentiasa dpat disisimu namun tanggungjawab kini telah berbeza ku tahu mak mengerti,.. mak ku yang satu aku amat menyayangimu dunia dan akhirat.. kepada mereka2 yang masih mempunyai ibu bapa hargai lah mereka,.. ibu dan bapa tiada pengganti,.. semoga kita semua sentiasa mengenang ibu dan bapa kita..

Tak lupa juga kepada mak mertua di Felda Chini 2, Pekan, Pahang azi sentiasa mendoakan yang terbaik untuk mak,.. semoga mak sentiasa sihat disamping abah,.. terima kasih azi ucapkan kerana sudi menerima kehadiran azi dalam keluarga kita sekarang,.. maaf kan azi jika tersalah bicara, terkasar bahasa dan tersilap langkah ketika kita bersama... Selamat Hari Ibu mak Paridah,..

Ya Allah aku bersyukur kerana telah dikurniakan dua orang ibu yang menerima diri ini seadanya,.. semoga aku tidak mudah lupa kepada mereka,.. ya allah sesungguhnya aku sangat takut kehilangan mereka,.. tapi aku insan biasa Engkau maha Mengetahui Seluruh Alam ini,.. aku masih amat memerlukan ibu-ibu ku ini,..

Sekiannnn

Jumaat, 11 Mei 2012

Kek Chiffon Pandan

As Salam kepada semua yang sudi menjengah ke blog saya yang tak berapa terupdate ni (mcm ramai sgt yang jengah! perasan tul aku ni) hehehe


Minggu ni saya nak kongsi pengalaman di dapur yang tak berapa nak berasap sgt, tekak saya tetiba gatal nak menelan kek chiffon apalagi saya pun meng'google' lah resepi pastu terus tersuke dgn resepi di SINI tanpa berlengah saya pun print dan bawa pulang ke rumah dan dengan semangat yang gigih saya buat kek chiffon pandan dan tak sangka dengan sekali cuba saya berjaya,.. sejuk jek kek chiffon pandan ni kami makan tak hengat habis separuh kek chiffon pandan tuh! untuk rakan2 kat opis saya tak lupa.. suku dari kek chiffon pandan tuh saya bawa untuk mereka,.. lain kali saya buat satu biji kek chiffon pandan untuk rakan2 sebab kek chiffon pandan ni amat lah senang!!! (belagak sikit boleh??) hehehehe





gambar minta maaf lah disebabkan kabel kamera hilang saya malas nak amik gambar tapi saya tak menipu mmg menjadi kek dengan resepi yang dilinkkan tuh, ok tak per klau malas nak klik link tuh saya sertakan resepi nye disini,.. cepat salin dan buat ok.

tapi disebabkan saya takder acuan untuk buat cup cake saya terus jek tuang semua adunan tu ke dalam loyang besar.. hehehehehe (pandai tak saya???) ok selamat mencuba..


Chiffon Cup Cake Mat Gebu@myresipi.com
Bahan-bahan ( 24 biji )
·         Bahan A:-
·         4 kuning telur (gred A)
·         100 g tepung naik sendiri (self-raising flour)
·         30 ml pati santan (boleh guna susu atau air)
·         30 g minyak jagung/masak
·         Secubit garam
·         1 camca teh paste pandan
·         50 g gula halus
·         Bahan B:-
·         4 putih telur (gred A)
·         60 g gula halus
   1/2 camca teh cream of tartar


Cara-cara

Satukan kesemua bahan2 A dalam satu bekas. Kacau menggunakan wisk hingga semua sebati dan berkrim. Ketepikan


Pukul putih telur pada kelajuan tinggi, masukkan cream of tartar dan gula sedikit demi sedikit hingga habis dan terus memukul hingga pekat dan kental.

Kemudian gaul putih telur tadi ke dalam adunan A dgn kaedah 'kaup balik' hingga rata dan sebati.

Isi dalam muffin cup hingga penuh. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit. Ia akan sedikit mengecut bila masak, jgn bimbang mmg dah lumrah kek chiffon berkeadaan mcm tu. Sejukkan sebelum dihidang.



Sekian,..

Sabtu, 28 April 2012

Air Soya Azizah!!!

assalamualaikum semua....
kisah bermula malam td saya dah rendam kacang soya untuk dijadikan air soya... rajin lah konon2 nyer pagi jumaat semalam saya dah siap2 google resepi nya supaya misi buat air soya tak menemui kegagalan! hehehehe
nak resepi nyer??? klik Air Soya Sedap
insyallah menjadi nyer air soya tu nanti..
saya dah berjaya jom kite buat ramai-ramai,
buat sendiri lagi sedap tapi kalau malas tak dapat nak tolong....

sekian, terima kasih.. saya tinggalkan sedikit info tentang soya.. :)


ini lah rupa kacang soya dipasaran


Antara kebaikan Soya:
  • Ia merupakan makanan seimbang yang sangat baikdan murah daripada daging, susu dan telur.
  • Mengandungi 50 peratus protein bagi setiap 100 gm kacang soya, merupakan dua kali lebih daripada kacang tanah, 11 kali lebih daripada susu dan tiga kali lebih daripada telur.
  • Kaya dengan bahan mineral seperti kalsium, sodium, magnesium, zat besi dan fosforus.

iin hasil dari kacang soya, Air Soya Power (gambar google jek)

  • Kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lacithin.
  • Ia boleh dijadikan bahan pengganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu.
  • Protein soya boleh mengurangkan risiko penyakit kanser dan jantung.
  • Mudah dicerna dan mengandungi semua asid aminoyang diperlukan untu membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.
  • Mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya dengan protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis.


Selasa, 3 April 2012

Family Belah SuamiKu

apa khabar kawan2? lama tak menaip di blog ini.. entry kali ini aku nak berkongsi gambar family belah suami,..

terharu pulak tengok balik gambar2 ni,.. aku bersyukur sentiasa dipermudahkan perjalanan hidup ini walaupun banyak dugaan yang mendatang..


ini lah family kami...


ramai sangat nak dikenalkan, tengok jek lah gmbr ni k, hehe


hah dalam gambar ni adli tak der sebab dia pulak yang jadi cameraman nyer..

sekian saja terima kasih


Ahad, 25 Mac 2012

Kami Ke Genting Highlands

pertama kali menjejak kan kaki ke genting, terpinga-pinga pertama kali di situ, tepat kul 3 petang 24 Mac 2012 kami bertolak dari putrajaya menuju ke sana, perjalanan agak perlahan dek kerana kereta2 lain berpusu-pusu melalui jalan mrr2, drebar aku pun dah ngantuks jek matanya kerana terlalu slow perjalanan..
tp alhamdulillah sejam kemudian terus ancar perjalanan smpi lah ke puncak genting,..

sampai ke puncak kami mengmabil keputusan untuk bermalam saja di Hotel First World memandangkan memang berniat dari rumah lagi,.. dek kerana terkejut dgn harga hotel ni kami ambil keputusan utk cari tempat penginapan yang lain tapi setelah semua tempat di survey mmg semua tidak berkenan di hati akhir sekali bermalam juga di Hotel First World pilihan utama tadi walaupun harga boleh tahan mahalnye.. huhuhu



kami dapat bilik lebih kurang pukul 6lebih, terjah bilik dulu sebelum menjelajah ke taman tema permainan nya,.. alhamdulillah bilik dan harga sangat berpatutan,.. tak menyesal memilih Hotel First World,.. lepas maghrib kami layan tv pastu layan majalah 3 dan kemudian baru lah kami g jalan-jalan.. makan malam kami singgah di KFC jek tu je yang kami nampak dah malam2 di genting ni dan bau KFC jek yg paling sedap pada masa tuh,.. jalan2 lagi dan jalan2 lagi, hehehehehe penat berjalan lebih kurang pukul 1lebih kami balik ke hotel dan berehat...



pagi2 tuh kami bangun dan bersarapan di cafe hotel,.. makanan yang disediakan sangat banyak dan sedap, pagi tu aku mkn macam2 asben pun makan macam2.. selesai makan kami balik ke hotel berehat dan berkemas untuk berangkat pulang,.. niat dihati nak naik kereta kabel tp hujan lebat semua tempat tak beroperasi macam biasa,.. malas membuang masa menunggu hujan yang entah bile akan reda kami mengambil keputusan untuk pulang terus ke putrajaya,.. babai genting,.. kami pasti kembali lagi,..

sekian saja perjalanan buat masa ini.. gambar2 nati kemudian ye,..

Khamis, 22 Mac 2012

Bertemu Lagi

Melawan Kesepian 
Nyanyian Siti Nurhaliza

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti
Air mata tertahan
Waktu untuk dijatuhkan

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Nanti kita kan tahu
Betapa bijaknya hidup
Sepahit apapun ini
Pelajaran yang berarti

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan merubah apapun
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Semoga kepergianmu
Tak akan
Semoga mampu kulawan
Kesepianku

Apapun yang terjadi
Berjalanlah tanpa henti



bait-bait lagu ni sangat bererti pada ketika ini,..

alhamdulillah masa yang ditunggu2 datang jua..

syukur pada rahmat-mu tuhan

aku berpeluang bertemu lagi dengan nya,

semoga perpisahan kali ini perpisahan yang terakhir,

gembira dengan ketentuan ini walaupun ada kepahitan yang terpaksa dilalui,

semoga diri ini lebih tabah dan sabar dengan ketentuan mu

alhamdulillah akhirnya kita dapat bertemu lagi

perpisahan dan pertemuan yang tidak akan dilupakan sampai bila2

sekian saja,...

Jumaat, 17 Februari 2012

SemuT dan Lalat

السلام عليكم

SUMBER KLIK SINI

SAYA SUKA ARTIKEL INI DAN SAYA KONGSIKAN UTK TATAPAN RAKAN2

Beberapa ekor lalat berterbangan, berpesta di atas sebuah tong sampah di depan sebuah rumah. Suatu ketika, anak pemilik rumah keluar dan terlupa untuk menutup kembali pintu rumah tersebut. Kemudian seekor lalat bergegas terbang memasuki rumah itu. Si lalat terbang untuk meninjau keadaan rumah tersebut. Tiba-tiba dia ternampak sebuah meja makan yang penuh dengan makanan yang lazat. Tanpa berlengah dia pun terbang menuju ke arah meja tersebut.

 "Saya bosan dengan sampah-sampah itu, ini saatnya menikmati makanan segar," katanya.

 Setelah kenyang, si lalat bergegas ingin keluar dan terbang menuju ke pintu yang dilaluinya untuk masuk ke dalam rumah itu tadi, namun ternyata pintu kaca itu telah terutup rapat. Si lalat hinggap sekejap di pintu kaca tersebut untuk melepaskan lelah. Dia ternampak kawan-kawannya yang melambai-lambaikan tangan seolah-olah meminta agar dia keluar segera.



Si lalat pun terbang di sekitar pintu kaca, sesekali melompat dan menerjang kaca itu. Dengan tidak kenal erti menyerah kalah, si lalat cuba untuk keluar dari rumah tersebut. Lalat itu merayap mengelilingi kaca dari atas ke bawah dan dari kiri ke kanan untuk mencari jalan keluar. Hari semakin petang, si lalat itu keletihan dan kelaparan namun jalan keluar yang dicari masih tidak kelihatan.


Keesokan paginya, kelihatan lalat itu terkulai layu, terdampar di lantai. Tidak jauh dari tempat itu, ada serombongan semut merah berjalan beriringan keluar dari sarangnya untuk mencari makanan. Dan ketika menjumpai lalat yang tidak berdaya itu, serentak mereka mengerumuni dan beramai-ramai menggigit tubuh lalat itu hingga mati. Kawanan semut itu pun beramai-ramai mengangkut bangkai lalat yang malang itu menuju ke sarang mereka. Dalam perjalanan, seekor semut kecil bertanya kepada rakannya yang lebih tua,


"Kenapa lalat ini terdampar di situ dan kelihatan sangat tidak berdaya?"


"Oh.., itu sering terjadi, ada saja lalat yang mati sia-sia seperti ini. Sebenarnya lalat ini telah berusaha, dia sungguh-sungguh telah berjuang dan berusaha keras untuk keluar dari rumah itu. Namun dia tidak menemui jalan keluar sehingga dia kelelahan dan akhirnya jatuh mati dan menjadi menu makanan kita untuk malam ini".



Semut kecil itu berasa sedikit keliru, dan bertanya lagi,



"Aku masih tidak mengerti, bukankah lalat itu sudah berusaha keras? Kenapa dia tidak berjaya keluar dari rumah itu?"



Semut tua itu menjawab,


"Lalat ini adalah haiwan yang tidak kenal erti menyerah kalah dan dia telah cuba berulang kali, namun dia tidak berfikir untuk mencari jalan keluar yang lain selain dari melalui pintu kaca yang tertutup itu"




Semut tua itu memerintahkan rakan-rakannya berhenti sejenak seraya melanjutkan perkataannya, namun kali ini dengan mimik dan nada yang lebih serius,


"Ingat anak muda, jika kamu melakukan sesuatu dengan cara yang sama tetapi mengharapkan hasil yang berbeza, maka nasib kamu akan jadi seperti lalat ini."


 "Orang yang berjaya melakukan sesuatu perkara dengan cara yang berbeza-beza untuk mendapatkan hasil yang terbaik"

SEKIANNNNN

Cerita Letih Bulan Ini

السلام عليكم

musim sibuk anugerah perkhidmatan cemerlang datang lagi,..

letihnyerrrrr... tahun ni rasa berlainan letih nyer...

tiap-tiap tahun benda yang sama tapi tahun ni rasa nye berbeza,..

banyak cabaran untuk musim APC tahun ini,..

cabaran mental dan fizikal,.. mental lah yang paling banyak letih nyer..

tapi alhamdulillah masih mempunyai kudrat dan kekuatan untuk terus bekerja,..

dan syukur aku masih mempunyai pekerjaan,..

letih bekerja dapat pahala insyallah,..

tuhan maha mengetahui,..

ya allah permudahkanlah urusan hambamu ini,..

sekiannnnnn

Ahad, 12 Februari 2012

Cerita Cuti Tahun 2011

lama nyer tak cuti, rasa nak cuti tp klau duduk kat rumah jek tak best gak,

sesekali cuti mesti lah nak cuti yang diingati,..

merancang bercuti ke pulau,.. dalam kepala pulau tioman,..

pulau tioman dah setahun merancang nak pergi tp tak berkesempatan nak pergi,..

hopefully klau dapat pergi pulau tioman aku nak lupakan semua masalah dunia,..

tp masalah tak pernah berakhir,.. kita sentiasa diuji, sedih tetibe,..

cuti tahun ni aku nak berjalan puas2,..

bile nak dpat cuti ni??? 

tercapai kah hajat aku nak ke pulau tioman pada tahun ini???

kite tunggu dan lihat,...

sekiannnnnnn

Rabu, 1 Februari 2012

Do Not And Do Not

السلام عليكم


sumber klik sini


Jangan sengaja lewatkan solat. Perbuatan ini Allah tidak suka. Kalau tertidur, itu lain cerita. 
( aku??? insyallah akan dipertingkatkan usaha ini )
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki (selipar).Takut kalau-kalau terbawa keluar najis, mengotori seluruh rumah kita. 
( kena beli selipar pasni - selalu tak tahu mujur terbaca artikel ni )
Jangan makan dan minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Makruh kerana ia membahayakan. 
( dah tahu dah )
Jangan biarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
( oooooo aku baru tahu ni )
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal(kerana berpagi-pagi itu membuka pintu berkat). 
( mmmmmm tp mata selalu ngantuk jek lepas subuh )
Jangan makan tanpa membaca BISMILLAH dan doa makan. Nanti rezeki kita dikongsi syaitan. 
( insyallah akan terus diamalkan )
Jangan keluar rumah tanpa niat untuk membuat kebaikan. Takut-takut kita mati dalam perjalanan. 
Jangan pakai sepatu atau selipar yang berlainan pasangan. Makruh dan mewarisi kepapaan. 
( tak pernah buat lagi sebab aku ada sepasang jek selipar )
Jangan biarkan mata liar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa. 
Jangan menangguh taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa. 
Jangan ego untuk meminta maaf pada ibu bapa dan sesama manusia kalau memang kita bersalah. 
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak persahabatan kita hilang bahagia. 
Jangan lupa bergantung kepada ALLAH dalam setiap kerja kita. Nanti kita sombong apabila berjaya. Kalau gagal kecewa pula. 
Jangan bakhil untuk bersedekah. Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita. 
Jangan banyak ketawa. Nanti mati jiwa. Jangan biasakan berbohong, kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih orang kepada kita. 
( tahu tapi buat jugak!! )
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan. Doa makhluk yang teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH. 
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia. Akhirat itu lebih utama dan hidup di sana lebih lama dan kekal selamanya. 
( insyallah... )
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata JANGAN. Sebab semuanya untuk keselamatan kita.

ALLAH lebih tahu apa yang terbaik untuk hamba ciptaanNya. Dan yang paling penting, Jangan RIAK, SOMBONG, ANGKUH, Nanti di laknat ALLAH....Wasalam



"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun" (Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."(Surah Al-Ahzab:71)


Saya suka dan saya kongsi......
Sekian.

Selasa, 31 Januari 2012

Virgin Coconut Oil

tengok tajuk harini sangat omputih kan. hehehe ataupun bahasa kita minyak kelapa dara..
ku pilih vco keluaran catalyst nutraceutical sebab ejen nye satu pejabat tak yah g jejauh nak survey produk nak buat pertanyaan pun senang sebab dah kawan2 kan,..

saje lah kan ambil vco ni mengenangkan usia menginjak ke tiga puluhan ni nak jgk mantain cantik mcm anak dara,.. bukan kata sekarang tak cantik tp lebih cantik dr anak2 dara sekarang ni! huahuahua tp sejak usia betambah ni dah boleh nampak perubahan2 badan menandakan usia remaja dah nak say bye bye.. (bai bai usia remaja) :( 

tak pe lah kita cube dulu sebulan dua ni tgk mcmaner kesan dia, kalau menakjubkan kite try lak amik collagen catalyst.. nak cantik sangat kan aku! hahaha

 gambar ehsan ejen semasa catalyst kat pejabat aku,

kita tunggu hasil nyer... kalau cantik saya cantik lah ejen ni, kalau tak der kesan tak cantiklah ejen ni. hehehe

sekiannnnn...

Selasa, 24 Januari 2012

Kek Pisang Kukus


jom jom jom buat kek paling senang diabad ini, kek pisang sangat mudah dan sedap! tak rugi mencuba, resepi dari internet tp ada tambah2 sendiri sikit2...

kalau ada yang try dan berjaya sila beritahu nati ku berikan resepi donut lak, hikhikhikhik

yang ini ku buat versi bakar tp bahan semua sama je resepinya..
cube jangan tak cube mudah dan sedap!hehehe

bahan-bahan yang perlu disediakan adalah :

2 biji telur gred B
1 cawan gula kastor
1 sudu kecil ovalette (tak ada pun takpe)
1 sudu kecil esen vanila 
1/2 cawan minyak jagung (ku gune jenama daisy) 
1 cawan pisang berangan yang telah dilenyek 
2 cawan tepung gandum (ku gune cap sauh jek)
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat  


cara membuatnya pula adalah begini :

1. Tepung gandum, soda bikarbonat dan baking powder digaul rata kemudian ayak, gliss acuan kek dan panaskan pengukus.

2. Kemudian, pukul telur, gula dan ovelette hingga kembang, masukkan esen vanila dan minyak kemudian pukul lagi bagi rata saja.

3. Kemudian masuk pisang lenyek pastu gaul saja sampai rata dan akhir sekali masukkan tepung gaul lagi sampai rata.

4. Masukkan dalam acuan kek dan kukus selama 45 minit hingga satu jam atau sehingga kek masak.

5. Setelah siap dikukus, biar sejuk baru potong dan sedia untuk dihidangkan dan makan.

hehehehehe selamat mencube hingga berjaya.

sekian,

Isnin, 23 Januari 2012

Amalan Romantik Suami Isteri

Sumber: DiariHati.Com



·         Cium tangan suami dan dahi isteri setiap kali sebelum berpisah
ke tempat kerja  masing-masing.

  
·         Jika berpisah lebih dari sehari seperti untuk tugasan luar daerah,
tambah rutin harian tadi dengan pelukan dan ciuman di bibir.

·         Walau sesibuk mana sekali pun, luangkan masa
untuk menelefon pasangan sekurang-kurangnya sekali walau sekadar
untuk bertanya apa yang sedang dilakukan.

·         Sentiasa ucapkan kata-kata sayang seperti I love you
sepenuh hati sebelum keluar kemana-mana, 
menamatkan perbualan di telefon dan sebelum tidur.

  

·         Sentiasa mencari peluang untuk makan tengah hari bersama kerana
pastinya ia tiada gangguan anak-anak jika pada hari berkerja.

·         Amalkan bertanya apa yang berlaku sepanjang hari selepas pulang dari kerja
sebagai tanda mengambil berat dan memberi 
peluang pasangan meluahkan perasaan.

·         Luangkan masa untuk berbual tentang apa sahaja dari isu rumah tangga 
hinggalah politik semasa sebelum tidur.

·         Mudah berbaik jika berlaku sebarang pertelingkahan,jangan biar berlarutan
 walau untuk satu jam sekali pun apatah lagi berhari-hari. Jika boleh, 
biarlah berlaku dalam bilik ‘beradu suami isteri’ agar
 ia berakhir dengan ‘kemesraan’ jauh dari pandangan anak-anak.



·         Temani pasangan semasa menonton rancangan kegemaran mereka 
walau sambil membaca akhbar misalnya kerana apa yang penting 
anda berada disisi.

·         Jangan sesekali berpisah tempat tidur walau anak sudah berderet
atau usia sudah meningkat kerana ia adalah salah satu amalan penting
untuk mengeratkan kasih sayang.

 
·         Amalkan sembahyang berjemaah semasa di rumah,
berdoa bersama serta bersalam-salaman selepasnya.

·         Biasakan bergilir gelas atau pinggan semasa makan serta 
tidak segan atau geli untuk menghabiskan makanan atau minuman isteri atau suami.

·         Sesekali buatlah kejutan seperti membeli hadiah atau kad untuk peristiwa tertentu, 
memakai pakaian dalam yang seksi atau
apa sahaja yang anda tahu pasangan pasti menyukainya.

·         Senda gurau dalam rumah tangga amat penting, ceritalah sesuatu yang kelakar,
teka teki atau apa sahaja yang membolehkan anda ketawa bersama.

·         Sentiasa kenang pengorbanan masing-masing seperti susah payah isteri
melahirkan anak dan suami yang berkerja keras menyara keluarga.

·         Sesekali tukar gaya penampilan agar ada kelainan serta 
untuk mengelakkan pasangan merasa jemu.

·         Apa sahaja masalah yang timbul, berterus terang dan berbincang bersama 
untuk menyelesaikannya.

·         Sentiasa menyimpan tekad untuk menjadi suami/isteri yang baik dalam rumah tangga bahagia kerana fikiran positif akan memudahkan anda mencapai matlamat tersebut.


 ·         Setiap Setiap pagi berikan kucupan tanda sayang agar harinya dimulakan dengan senyuman, dan  malam  bisikan manja tanda terima kasih sepanjang hari berbakti kepada keluarga yang dibina bersama.Tidak salah juga minta maaf andai hari itu ada perkara yang mengguris hati suami/isteri, jangan tunggu raya sahaja!


·         Jika amalan-amalan di atas tidak pernah dilakukan sehingga anda membacanya hari ini, jadikanlah ia sebagai titik permulaan untuk melakukannya tanpa rasa ragu dan malu.


sekian,.. love u..